Monday, November 23, 2009

Selamat Hari Raya Qurban

Kali ni kami sekeluarga beray qurban di Kampung Serom..masuk 3 bahagian. Join skali dengan orang kampung...mesti seronok. Pakat nak bagi orang kampung makan nasi lauk ikan kari...amacam ok tak? Anak-anak mesti suka tengok acara ni..dulu masa bujang rajin gak tolong..dulu hero..sekarang tak berapa ada masa...lepas tu mlm gi kenduri kawin..makan gulai lagi..ahad balik kuantan...makan gulai lagi.Semoga ibadah qurban yang dibuat mendapat ihsan rahmat daripada Allah yang maha Pemurah.

Monday, November 9, 2009

Nota Modul Asas Bina Blog

Salam...selamat datang kepada peserta Asas Bina Blog...nak jadi Blogger..boleh..kena ikut betul-betul..jangan panik...jangan putus asa...jangan tanya banyak-banyak. Kita kan belajar buat blog..lepas tu cipta blog, edit blog, up load gambar, video dan tambah gadgets...lepas tu sentiasa kemaskini...semoga berjaya

Hari konvokesyen anak





Ha..ha..baru berusia 6 tahun..dah grad..konvo kat MS Garden..pelajar ketiga terbaik..bangga sebagai mak bapak..Nur Alya Danisha..Banyak kisah pasal konvo ni..anak pertama tak konvo sebab demam..yang kedua pun tak konvo sebab sakit mata..bapaknya x gi konvo sebab surat lambat sampai..Bebudak punya konvo ni lagi havoc..majlis pukul 2..kul 10 pagi dah ajak mak bapak gi..tido malam x lena..baju dah pakai 3/4 kali...letih mak ayah nak jawab soalan..macam-macam tanya..semua baru ma..apa-apa pun semua kehendaknya dipenuhi..mak bapak misali..untuk Isha..abah dan mama bangga dengan mu...love u

Al-fatihah untuk sahabat..

Salam...minggu ni kolej dikejutkan dengan berita sedih kematian Pengarah Kok Lanas..allahyarham Mohd Nasri bin Ahmad...Beliau yang peramah..mudah mesra..suka membantu..sebenarnya telah lama dikenali oleh saya...Sejak di UTM tahun 90..lepas tu sama kerja kat SMT Kuantan...sama-sama dengan En. Hamid (KJPSH Bentong)..En. Mustafa (Pengarah cawangan Bera) .lepas tu di Kolej Komuniti Paya Besar..minggu lepas berborak lama kat Gambang City Resort..namun itu semua dah jadi kenangan..semoga Allah merahmati arwah dan memudahkan kehidupan akhiratnya...alfatihah..